Surat Hak Milik

   
Antara jenis-jenis hakmilik yang ada adalah seperti berikut:

1. Hakmilik Sementara

Hakmilik Sementara ialah sebelum Hakmilik Tetap dikeluarkan. Perbezaaan utama keduanya ialah tanah hak milik sementara belum diukur secara halus. Walaupun begitu ia memberi hak yang sama kepada seseorang pemilik seperti hakmilik tetap. Hakmilik sementara tidak boleh dipecah lot, pecah sempadan atau pecah bahagi. Biasanya kita dapat melihat dalam hakmilik ditulis dengan rengkas seperti berikut :
  •  

  • i) HS(D) - Hakmilik Sementara yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Hakmilik Negeri.
    ii) HS(M) - Hakmilik Sementara yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
2. Hakmilik Tetap

Hakmilik Tetap akan dikeluarkan setelah ukuran secara halus dibuat mengikut Seksyen 396 (Kanun Tanah Negara). Biasanya kita akan dapat melihat singkatan tulisannya seperti berikut:
    i) Pajakan Negeri/Geran Negeri - Hakmilik Tetap yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Hakmilik Negeri. Hakmilik ini disimpan dan berurusan di pejabat ini.
    ii) Pajakan Mukim/Geran Mukim - Hakmilik Tetap yang dikeluarkan oleh pejabat tanah.

3. Hakmilik Pejabat Pendaftar dan Hakmilik Pejabat Tanah.
    Hakmilik Pejabat Pendaftar adalah tanah-tanah Pekan dan desa yang melebihi 10 ekar ke atas. Manakala Hakmilik Pejabat Tanah adalah tanah-tanah desa yang kurang daripada 10 ekar.

4. Hakmilik Srata
    Hakmilik ini dikeluarkan terhadap bahagian dalam sebuah bangunan (yang mempunyai dua tingkat atau lebih) yang telah dipecah bahagi biasanya kediaman ini disebut kondominium,pangsapuri,apartmen dan nama-nama lain lagi. 
5 Surat Akuan.
    Ia merupakan dokumen hakimilik yang memberi kuasa kepada seseorang untuk menduduki tanah negeri sementara menunggu pendaftaran hak milik.

6. Hak Milik yang lain.
    Tanah juga dipegang di bawah Enakmen Pemegangan Adat (Melaka dan Negeri Sembilan), Ordinan Orang Asli dan Akta Tanah Berkelompok.

spacer
agent image
agency logo
Ali Hanafiah Mohamed
Property Negotiator
REN: 03335
Starcity Property Sdn. Bhd.
hanafiahproperty@gmail.com
(+60) 19-2350954